Tuesday, 11 October 2011
LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER 2011
Alhamdulillah..pada LIBK kali ini,Uitm Kedah telah menghantar seramai 51 org Bakal Komander(BK) ke UiTM Pulau Pinang selama 2 minggu bermula pada hari ini iaitu:
Tarikh :11/10/2011- 24/10-2011
BK Siswa: 18
BK Siswi : 33
Mereka diiring oleh 4 orang Komander Pengiring iaitu :1)KMdy Mohd Saffuan b.Md Yusoff
2)KMdy Ridhwan B.Abd Razak
3)KMdy Nurul Shahirah bt Mokhtar
4)KMdy Noor Aziah bt Abdul Hamid
Bakal2 komander ini adalah merupakan Siri ke 10 bg barisan Komander2 Kesatria Uitm Kedah dan Batch 42 bg Zon Utara. Diharapkan dengan penambahan BK ini dpat menguatkan dan mengukuhkan lagi organisasi Komander Kesatria UITM Kedah.
semoga mereka pulang dengan kejayaan dan mempraktikkan segala ilmu yg dicurahkan oleh pegawai2 kokurikulum dan komander2 dgn sebaik yg mungkin..Insyaallah.
Best of Luck Squad!!
barisan2 komander kesatria sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda semua..
INGAT!!jgan sesekali anda menyerah sebelom berperang..
"ONCE AND FOREVER"
Thursday, 17 February 2011
AGM MPKK 2011
Setelah tertangguh beberapa kali akibat masalah yang tidak dapat dielakkan ,akhirnya Annual General Meeting dan juga Pilihanraya untuk memilih Exco Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Kedah telah ditetapkan dengan persetujuan semua pegawai atasan dan Exco Tertinggi sesi 2010-2011 dan AGM tersebut akan diadakan seperti maklumat dibawa :
Tarikh : 18 Februari 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Bilik Seminar Kaunseling Kolej Malinja
Pakaian : F1 untuk Siri 6,7 dan 8. Formal untuk Siri 9
Kehadiran semua komander adalah diwajibkan tanpa sebarang alasan . Menjadi tanggungjawab anda semua untuk melaksanakan undian untuk memilih Pengerusi dan semua barisan Exco Tertinggi yang akan menerajui MPKK UiTM Kedah untuk sesi 2011-2012.
Kerjasama daripada semua barisan Komander Kesatria UiTM Kedah amat diharapkan untuk melicinkan perjalanan AGM untuk kali ini.
Sebarang masalah boleh terus berhubung dengan Exco Tertinggi MPKK.
Sekian.
Maklumat Tambahan:
- Semua ketua event untuk setiap aktiviti jambori diminta menyiapkan laporan penuh untuk dibentangkan kepada semua pegawai yang hadir.
- Komander yang mempunyai kecemasan dan tidak dapat hadir dengan alasan yang boleh diterima perlu mengundi terlebih dahulu. Sila maklumkan kepada Komander Madya Hazril Hafiz ( 0194574157)